Saturday, July 4, 2009



Qaseh..
Bila mama boleh memilih..
Adakah mama mahu berbadan langsing atau berbadan besar mengandungkanmu?
Mama memilih..utk mengandungkanmu..kerna..dalam mengandungkanmu mama dapat merasakan keajaiban & kebesaran Allah..
Meskipun cuma 27 minggu mama mengandungkanmu...mama sentiasa bahagia bersamamu..
Qaseh..
Sungguhpun telah 20 hari kelahiranmu & mama tidak dapat memelukmu namun mama akur apa sahaja yang terbaik buatmu..
Qaseh..
Bila mama boleh utk bersalin normal...biarlah mama berjuang melahirkanmu..kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit melahirkanmu adalah spt menunggu memasuki salah satu pintu syurga... andai ketika itu mama tidak panjang umur mama tetap memohon panjangkanlah umurmu qaseh....
Qaseh....
bila mana mama telah memilih untuk menyusuimu...kerana ini adalah amanat Allah, ini adalah rezki pertama dari Allah buatmu...ini adalah hakmu... siapalah mama untuk mempertikaikan amanat ini...Alhamdulillah rezki ini tidak pernah surut..walaupun mama tidak menyusuimu seperti anak2 lain,
Qaseh..
hidup ini sentiasa ada pilihan, samada baik atau buruk, susah atau senang,jika pilihan mama amat sukar buat qaseh, maafkan mama....
percayalah.....mama sedang sempurnakan blok2 kehidupan kita, supaya tiada satupun yang tertinggal..
Qaseh...jgn pernah lupa surah yassin yang selalu mama bacakan semasa mengandungkanmu...
Buat sekian kali percayalah qaseh...perjuanganmu dan ranamu adalah sebahagian dari duka mama....
Engkau adalah belahan jiwa mama.. kelahiranmu serta Aina begitu menduga perasaan dan kasih mama...

mama 18 oct 2008

No comments:

Post a Comment